27 Jun 2010

Israel negara pembunuh: Chavez


CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez, menyifatkan Israel sebagai negara pembunuh dan melakukan pembunuhan untuk Amerika Syaikat (AS), dan meramalkan negara Zionis itu akan "diletak pada tempatnya" satu hari nanti.

Chavez yang berfahaman sosialis adalah pengkritik Israel dan AS serta memutuskan hubungan dengan Israel selepas menuduh negara Zionis itu melakukan "holocaust” kerana menyerang Semenanjung Gaza pada 2009.

“Ia sudah menjadi sayap pembunuh untuk AS, tiada seorang pun yang sangsi. Ia adalah ancaman kepada kita semua," katanya semasa lawatan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Chavez berkata, beliau menyokong perjuangan aman untuk mengembalikan Lembah Golan kepada Syria yang ditawan Israel pada 1967.

“Wilayah itu suatu hari kelak akan dipulangkan kepada Syria. Sudah tentu kita mahukannya secara aman kerana kita tidak mahu satu lagi peperangan.


"Namun, satu hari nanti negara pembunuh Israel akan diletakkan pada tempatnya dan marilah kita berharap satu negara yang benar-benar demokratik akan muncul dan boleh kita kongsi arah tuju dan ideanya," katanya.

Chavez tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkan beliau dengan meletakan Israel pada tempatnya. - Reuters

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons