03 November 2009

Zakat KWSP

Soalan:

Salam Uztaz,

Sebelumnya saya ingin mengucapkan tahniah atas pembukaan blog ini dalam membantu umat Islam. Semoga amal baik ustaz ini akan berterusan dan di terima Allah. Amin.

Masalah saya baru-baru ini saya dan suami ada mengeluarkan duit KWSP masing-masing untuk menghabiskan pinjaman rumah dengan bank yang kami duduk sekarang. Setelah memohon pengeluaran, dalam masa 3 minggu KWSP telah memberi kami cek tersebut. Suami sebanyak RM 13 300 dan saya sebanyak RM 700. Kami telah serahkan cek KWSP ini pada pihak bank dan setelah dikira ada lagi baki RM 200 yang mana pihak bank telah pulangkan pada akaun suami.

Soalan saya adakah duit KWSP kami yg berjumlah RM 14 000 itu dikenakan zakat? Sila terangkan dan jelaskan berapa jika kami perlu membayarnya.

Terima kasih, Allah sahaja yang dapat membalas jasa Ustaz.

Wasalam, yang benar,

Puan U A,

Johor

Jawapan:

Untuk duit KWSP yang dikeluarkan ,kita kena tunggu SETAHUN haul tam (hak milik sempurna) dan peratus jumlahnya ialah 2.5%. Akan tetapi ada juga pandangan yang mengatakan kita kena keluar terus selepas dapat duit tersebut .

Wallahua’lam


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons