03 November 2009

Tabligh, Salah Ke?

SOALAN: Dalam 1 laman web,ada 1 perdebatan antara org tabligh dgn jemaah PAS..sy ada terbaca 1 jawapan dr org tabligh ni,die cakap,'hanya dakwah dgn cara nabi ni lah sahaja diberkati Allah,cara lain mcm ceramah,usrah ni xdok kesan kt umat'..adakah penyataan mereka ni betul?

JAWAPAN:Dakwaan puak tersebut yg mengatakan ceramah dan usrah tidak berkesan adalah menyimpang dari kebenaran. Sesuatu pertubuhan tidak boleh mendakwa hanya cara mereka yg betul. Semua orang Islam yg berusaha mengajak manusia kembali mentaati Allah adalah dikira mulia disisi Allah samada cara politik, tulisan, mengajar atau seumpamanya.

Masih ramai pengikut tabligh yang tidak tahu menunaikan ibadah2 Islam dengan betul walau pun telah bertahun2 bersama2 jemaah tersebut.

Ini menunjukkan cara mereka itu yg tidak kena atau ada kelmahannya.

Ini belum diambil kira dakwaan puak tersebut yang mengatakan politik tiada dalam Islam. Ini adalah jelas merosakkan aqidah dan Islam mereka itu.

Walhasil ikutlah jemaah yang ramai yang telah terbukti berjaya menyedarkan manusia tentang pentingnya kembali menurut ajaran Islam seperti yang dibawa oleh2 ulamak2 kita bukan dengan mengikut orang2 jahil yang bukan ulamak.

wallahua'lam
http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/tabligh-salahke.html

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons