07 November 2009

" PENGAJARAN IBADAT HAJI "

Sidang jumaat yang dihormati Allah,

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan iman dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan melaksanakan seluruh tuntutan dan syariatnya dan meninggalkan segala larangan dan tegahannya, jauhilah dosa dan maksiat yang boleh mengundang azab dan kemurkaan Allah s.w.t.. Sesungguhnya tiada yang lebih berharga dan dimuliakan oleh allah s.w.t. terhadap hambanya melainkan mereka yang paling bertakwa dikalangan mereka.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Musim haji telah pun berlalu, meninggalkan seribu satu pengorbanan yang tidak terhingga banyaknya. Ibadat haji merupakan lambang kemuncak rasa hina diri seseorang hamba kepada penciptanya allah s.w.t. rabbilalamin. Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh setiap umat islam yang beriman bagi mempersembahkan pengorbanan masa,tenaga dan harta bendanya demi melaksanakan titah perintah allah s.w.t.yang maha kuasa lagi maha agung.Firman allah s.w.t.:

Bermaksud:"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji , nescaya mereka datang ke (rumah tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh".

(Al-Haj:27)

Sidang jumaat yang berbahagia,

Jemaah haji yang telah selesai menunaikan ibadat haji sekarang ini sebenarnya sedang berurusan dengan untung nasib mereka diakhirat. Mereka meninggalkan pakaian yang berjahit,menitiskan airmata keinsafan dipadang arafah,melaungkan kata-kata taubat dan penyesalan dengan semua bahasa manusia yang ada dibumi ini. Bersama-sama bermalam di Muzallifah, berlumba-lumba melontar Jamrah serta berusaha Tawaf dan Bersai' tanpa mengenal erti penat dalam menghadapi rintangan dan cabaran semasa mengerjakan ibadat haji, maka itulah haji.itulah sebuah pengembaraan muslim yang taatkan allah.Firman allah s.w.t.:

maksudnya:"Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah kejalan yang betul (lurus)."

(Ali-Imran:101)

Sidang jumaat yang mulia,

Setiap orang yang telah mengerjakan ibadat haji sebenarnya mereka telah mengunjungi tempat yang paling suci didunia ini, maka haruslah mereka bersedia agar haji yang mereka perolehi tidak tercemar setelah pulang ke tanahair.Mereka telah membuka lembaran baru dalam hidup sebagai seorang yang patuh dan taat kepada perintah allah s.w.t..Maka janganlah hendaknya apabila pulang, lembaran hitan yang lama bertapak semula didalam hati dan iman mereka. Jika semasa mengerjakan ibadat haji, mereka telah menghambakan diri sepenuhnya beribadat kepada allah s.w.t., mempersembahkan yang terbaik untuk tuhannya, maka janganlah apabila pulang nanti kemungkaran dilakukan semula didalam hidupnya.

Sidang jumaat yang dihormati,

Haji yang Mabrur itu ada tandanya. Ketika Hasan Basri seorang ahli sofi ditanya tentang tanda haji yang Mabrur , maka dijawabnya:

Maksudnya:" kamu kembali dengan zihadkan dunia serta cintakan akhirat."

alangkah indahnya jika jemaah haji kita pulang dengan seribu satu macam perubahan, bertukar menjadi pemaaf kelakuan dahulunya pemarah. Menjadi seorang yang pemuran dan dermawan kalau dahulunya tangkai jering. Menjadi seorang yang banyak budi bahasa kalau dahulunya suka memaki hamun. Berubah menjadi seorang yang menutup aurat jika dahulunya sering mendedahkan aurat.

Sesungguhnya setiap detik yang dihabiskan oleh setiap jemaah haji ditanah suci merupakan ibadat bagi mendekatkan dirinya kepada allah s.w.t., menguatkan kepasrahan dan penyesalan diri, membayar Dam diatas segala kesalahan dalam mengerjakan ibadat haji , maka amat malang sekali jika pengajaran dan ikhtibar yang diperolehi semasa mengerjakan ibadat haji ini tidak dibawa pulang ke tanahair, untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian sebagai seorang yang telah bergelar haji atau hajjah.

Sidang jumaat yang dihormati allah,

Dimanakah kesan ibadat haji kalau seseorang pergi menunaikan fardu haji dan pulang semula kenegerinya, tetapi masih mengabaikan solat, masih tidak membayar zakat, masih mengamalkan riba' dan rasuah, masih ketagihan rokok dan alkohol serta menimbulkan permusuhan sesama islam.Sifat haji yang mabrur menuntut sebarang tindakan negetif muslim mesti diubah, sebaliknya digantikan dengan ciri-ciri mulia dan peribadi terpuji.Setiap bakal haji hendaklah selalu berdoa dan berharap kepada allah s.w.t. agar setiap amalan yang dilakukannya diterima dan membuahkan hasil yang baik. Saidatina Aishah pernah bertanya kepada rasullah s.a.w. tentang maksud firman allah s.w.t.:

bermaksud:" Dan orang-orang yang memberi akan apa mereka berikan sedang hati mereka gerun gementar."

(Al-Mukminun:60)

Kata Aishah: adakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?. Jawab baginda:

Maksudnya:" Tidak wahai aishah. Mereka adalah orang yang berpuasa, bersembahyang serta menderma. Mereka bimbangkan amalan mereka tidak akan diterima oleh allah s.w.t., maka merekalah orang yang berlumba-lumbamengerjakan kebaikan dengan tekun."

Dalam kesempatan ini, marilah sama-sama kita mendoakan agar semua jemaah haji dari tanahair kita pulang membawa bersama mereka haji yang mabrur, sebagaimana sabda rasullah s.a.w.:

Bermaksud:" Haji Mabrur itu tiada balasan yang lain kecuali syurga."

(Riwayat Bahari dan Muslim)

Sidang jumaat yang berbahagia,

Oleh itu, marilah sama-sama kita bertakwa kepada allah s.w.t. dengan sepenuh hati serta berusahalah mentaati segala titah perintahnya dengan mengerjakan kesemua rukun agama termasuklah ibadat haji.Firman allah s.w.t.:

(Al-Maidah :27)

Ya-allah , kurniakan kehormatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan ,kesuburan dan penghasilan, keatas negeri kami, negeri selangor darul ehsan. Jadikan rakyatnya bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, lindungi daripada persengketaan,perpecahan,fitnah memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian negeri selangor dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons