Soalan :
Saya terbaca di dalam tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 196, bermaksud "......Apabila kamu telah aman, maka siapa yang bersenang-senag dengan melakukan umrah sebelum haji, maka berikanlah hadiah apa yang mudah. Barang siapa yang tiada memperolehinya, hendaklah berpuasa tiga hari dalam haji, dan tujuh hari apabila kamu kembali pulang.......". Pada nota kaki pun secara ringkas ditulis kalau dikerjakan umrah lebih dahulu dari pada haji maka wajib membayar dam, iaitu menyembelih seekor kambing atau kalau tak sanggup hendaklah berpuasa.....
Jawapan :
".....Apabila kamu telah aman, maka siapa yang bersenang-senang dengan melakukan umrah sebelum haji, maka berikanlah hadiah apa yang mudah. Barang siapa yang tiada memperolehinya, hendaklah berpuasa tiga hari dalam haji, dan tujuh hari apabila kamu kembali pulang......."
Ayat diatas ditujukan kepada orang yang membuat Haji Tamattu. Apabila sampai di Mekah dia buat umrah dahulu, apabila sampai 8 atau 9 zulhijjah, dia pakai ehram semula untuk membuat kerja-kerja ibadat Haji pula.
Orang seperti ini diwajibkan membayar dam. Kalau tidak dapat binatang untuk disembelih, dia boleh berpuasa 10 hari, 3 hari di Mekah dan 7 hari di tempat asalnya. Orang yang pergi ke Mekah hanya bertujuan buat umrah tidak termasuk dalam ayat ini.
http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Ibadat/SoalJawabIbadat.htm
06 November 2009
Mohon penjelasan ayat Surah Al-Baqarah, ayat 196, bermaksud "......Apabila kamu telah aman, maka siapa yang bersenang-senang dengan melakukan umrah se
Jumaat, November 06, 2009
MASJID PUTRA PERDANA