Soalan :
Tuan, saya amat berminat untuk mengetahui hukum seseorang muslim itu yang ingin menunaikan ibadah haji atau umrah melalui pembiayaan secara ansuran dengan syarikat kewangan yang melaksanakan perbankan Islam. Terima kasih.
Jawapan :
Untuk makluman tuan, perkara ini telah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor yang bersidang pada 6 September 2005 dan memutuskan bahawa :
i. Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan
ii. Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkanprinsip ikhlas, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas dari unsur-unsur riba'.
http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Ibadat/SoalJawabIbadat.htm
06 November 2009
Hukum seseorang muslim itu yang ingin menunaikan ibadah haji atau umrah melalui pembiayaan secara ansuran.
Jumaat, November 06, 2009
MASJID PUTRA PERDANA