04 Mei 2011

Bersabarlah Untuk Seketika Lagi..


Sedutan Khutbah Jumaat Dr.Yusof Al Qardhowi pada 18hb.Feb.2011 di Medan Tahrir,Kaherah sempena menyambut Hari Kemenangan Revolusi 25 Januari.

Beberapa saranan dan pesanan yang telah diutarakan oleh beliau ;

1. Rakyat Mesir hendaklah memelihara kesatuan dan gerakan revolusi yang telah berjaya menumbangkan kerajaan yang lepas.

2. Menggembeling tenaga untuk membebaskan Negara daripada kezaliman dan kuasa toghut.
Mesir hanya dapat dibebaskan dengan kesungguhan serta keupayaan golongan pemuda dan kehendak Allah SWT.

3. Khusus kepada golongan pemuda yang telah menebus diri mereka demi keamanan dan kemenangan negara ini, mereka hendaklah menyedari bahawa revolusi ini belum berakhir tetapi ia baru bermula dan hendaklah dikawal rapi agar tidak dicabuli oleh anasir-anasir munafiq.

4. Semua rakyat Mesir daripada semua lapisan masyarakat dan agama hendaklah bersatu untuk mencapai kemenangan.

5. Kemenangan yang dikecapi ini adalah revolusi bersejarah sebagai petunjuk dan pengajaran kepada dunia bahawa golongan pemuda bukan sahaja dapat mengalahkan sistem kerajaan Mubarak tetapi telah mengalahkan kezaliman,kefasadan,kebatilan,keegoan dan pencabul hak rakyat. Sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kemenangan kepada mukminin dan telah menetapkan bahawa kebatilan akan dikalahkan oleh kebenaran. Sebelum ini rakyat Mesir gerun dengan kerajaan Firaun, tetapi hari ini keberanian rakyat mesir telah mengatasi segalanya.

6. Khusus kepada pihak tentera sebagai benteng rakyat dan negara, mereka hendaklah menjaga hak rakyat.

7. Pihak tentera hendaklah :
1. Membentuk kerajaan baru.
2. Membebaskan tahanan-tahanan politik.
3. Memerdekakan kerajaan yang telah dibentuk sekian lama oleh
Mubarak.
4. Membuka sempadan Rafah dan semua laluan Mesir bagi
rakyat Palestine. Tentera Mesir hendaklah membebaskan
saudara-saudara Palestine dan telah menjadi cita-cita kita
untuk membebaskan Masjidi Al Aqsa.
5. Tahniah kepada pihak pertahanan yang telah berusaha untuk
membuat pindaan undang-undang Mesir.
6. Perbincangan hendaklah dibuat bersama rakyat yang
berkenaan serta menenangkan mereka bahawa kita masih
` berada diperingkat pembinaan dan akan mendapat hak yang
selayaknya tetapi kita hendaklah bersabar untuk seketika
lagi bersama saudara-saudara tentera kita.

7. Khusus kepada pihak Pemerintah, mereka hendaklah cuba memahami rakyat dan mendengar suara-suara mereka. Janganlah bersikap takabbur serta kaku dihadapan sejarah hari ini.
Dunia telah berubah,fahamilah dan berbincanglah dengan golongan pemuda untuk sama-sama berganding bahu ke arah usaha pembinaan rakyat dan negara Mesir.

8. Harapan kepada semua yang melibatkan diri dalam demonstrasi ini,pejuang kebenaran dan penentang kezaliman agar bersabar.

Bersabarlah dalam masa yang sedikit lagi. Yakinlah bahawa untuk
mencapai visi dan misi revolusi ini perlulah kepada usaha. Usahlah kita membantutkan ekonomi negara ini.

Sedarilah bahawa Allah SWT telah menciptakan dunia ini selama 6 hari. Sesungguhnya Allah berkuasa menjadikannya sekelip mata sahaja, tetapi DIA hendak mengajar kita erti kesabaran dan ketetapan, maka kita hendaklah bersabar sehingga sampai masanya kita akan mendapatkan hak-hak kita.

Petikan Akhbar Al Liwa' Al Islam m.s.4(24hb.Febuari 2011)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons