04 Mac 2011

Selangor carum skim perlindungan takaful untuk ketua kampung


SHAH ALAM: Seluruh ketua kampung di Selangor akan mendapat caruman takaful dengan nilai pampasan RM30,000 daripada kerajaan negeri bermula hari ini.

Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari, berkata sumbangan itu turut melibatkan ketua kampung tradisi dan ketua kampung Baru.

Beliau berkata, setiap ketua kampung wajar diberi perlindungan takaful secara berkelompok, mengambil kira tugas mereka yang semakin mencabar ekoran skop tugasannya semakin luas.

“Caruman ini tanda keprihatinan kerajaan negeri dalam mengenang jasa dan pengorbanan yang mereka berikan. Dasar ini adalah baik untuk menjaga kebajikan ketua kampung,” katanya pada kenyataan media, hari ini.


Melalui skim perlindungan itu, Yaacob berkata, ketua kampung akan menerima pampasan jika berlaku kematian atau kematian disebabkan kemalangan, hilang upaya kekal atau disebabkan kemalangan dan penyakit kritikal.

“Skim ini juga menjaga kebajikan ahli keluarga ketua kampung dengan menanggung kos pengebumian ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata, kemudahan itu tidak diperoleh ketua kampung ketika Barisan Nasional (BN) berkuasa.

“Tiada kelebihan yang diberi kepada ketua kampung semasa pemerintahan BN dalam menghargai peranan mereka,” katanya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons