05 Mac 2011

KEPENTINGAN ILMU Dalam Kehidupan Bermasyarakat”


Ustaz Zainudin Hashim

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak bercakap dari mulut ke mulut mengenai kebaikan para pemimpin di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat yang belum sampai pemerintahannya menjangkau tiga bulan.

Namun kepimpinannya sudah terserlah melalui pelbagai keputusan kabinet yang memberangsangkan dari sudut dasar yang diperjuangkan.

Pulau Pinang sebagai contoh, walaupun diketuai oleh Ketua Menteri bukan Islam, namun kesungguhannya untuk mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara, dibuktikan dengan kenaikan elaun guru-guru Kafa, di samping ketegasannya agar semua masjid di negeri itu diaktifkan semula dengan program-program ceramah agama, dengan harapan apabila semakin ramai orang belajar agama, maka kadar jenayah dan perkara-perkara negatif berjaya dikurangkan kalau tidak pun dihapuskan sama sekali.


berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.


Begitu juga dengan negeri-negeri lain selain Kelantan, yang bersungguh untuk menaikkan elaun guru-guru Kafa dan sekolah agama rakyat (SAR).

Ini bermakna, para pemimpin di lima negeri berkenaan mahukan agar bidang pendidikan agama diberi keutamaan supaya rakyat semakin celik dengan agama mereka, selaras dengan hasrat pimpinan PAS Pusat untuk menjadikan ahli-ahlinya individu yang berilmu.

Kenapa perlu kepada ilmu, terutamanya ilmu-ilmu agama?

Menurut tokoh ulamak kontemporari, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, ilmu-ilmu agama merupakan alat bagi kita untuk menyelesaikan banyak perkara, sebagai contoh, jika sesuatu mesin industri rosak, jurutekniknya memiliki alat-alat berkaitan dengan pembaikannya, maka tugasnya menjadi mudah kerana dia memiliki alat untuk mengendalikan proses pembaik-pulih mesin berkenaan.

Begitulah juga dengan masalah agama, kebanyakan manusia bernama Islam hari ini semakin longgar ikatan mereka dengan Islam, ada yang tidak sembahyang, puasa, mengucap, memakan riba, rasuah, membunuh orang tanpa sebab yang dibenarkan dan lain-lain, akibat tidak memperdalami ataupun duduk dalam majlis-majlis ilmu agama.

Merekalah sasaran kita, bagaimana mungkin kita mampu untuk memperkata sesuatu mengenai agama bagi menasihatkan mereka jika kita sedniri tidak menguasai ilmu-ilmu alat.

Malah yang bukan Islam juga semakin menunjukkan minat untuk tahu, apakah sebenarnya Islam, adakah ia satu agama yang menyuruh penganutnya supaya bertindak ganas, ataupun agama yang mendidik mereka ke jalan kebenaran.

Apabila dilihat kepada situasi selepas pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini, ia memperlihatkan kesungguhan bangsa-bangsa lain bukan Islam menyokong Islam, persoalannya di sini, bagaimana kita mampu menghadapi situasi di mana mereka mahukan kita membimbing mereka, tidak mungkin kita boleh menyampaikan sesuatu terbaik kepada mereka jika kita sendiri kosong daripada ilmu-ilmu alat.

Ilmu tersangat penting dalam agenda harian hidup muslim

Islam telah meletakkan asas dakwah buat pertama kali kepada baginda Rasulullah s.a.w kepada menggarap ilmu pengetahuan menerusi ayat pertama turun daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

Mana mungkin baginda nabi mampu menyeru manusia dengan pelbagai ragam cita rasa peribadatan pada masa itu tanpa dibekalkan Allah dengan ilmu.

Sesunggunnya ilmu itu boleh diperolehi dengan jalan membaca, memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah terhadap bahan-bahan ciptaan-Nya, memerhatikan kebesaran kerajaan Allah dalam mentadbir bumi dengan segala kebenaran daripada-Nya.

Malah Islam telah menyediakan satu dasar dalam konsep �Usul Fiqh�, bahawa semua amal ibadat seseorang itu yang tidak disandarkan dengan kefahaman ilmu dan makrifat, maka ia akan terbatal dengan sendirinya.

Ia memberi maksud, jika seorang muslim yang rajin beramal ibadat, tetapi amalan-amalan yang dilakukannya bukanlah kerana atas kefahaman yang dipelajarinya, malah lebih kepada warisan secara tradisi, maka adalah dibimbangi, amalannya itu tidak diterima di sisi Allah s.w.t.

Apa sebenarnya ilmu-ilmu alat itu?

Kita mesti bertindak segera, masa untuk tidur dan berhibur sudah berlalu, yang penting kita kena belajar ilmu-ilmu alat tersebut yang terdiri daripada ilmu-ilmu �Syariah Islam� dan �Usuluddin�.

Ilmu Syariah Islam yang menitik-beratkan persoalan ilmu fiqh, Usul fiqh, ayat-ayat hukum, sama ada yang ada dalam al-Quran atau hadis-hadis hukum yang membicarakan persoalan harian khususnya dalam konteks ibadat dan amalan, masalah kenegaraan, kuasa eksekutif dalam pentadbiran negara, dasar-dasar hukum Islam dan lain-lain.

Ia boleh dijelmakan secara praktikal dengan mempelajari ilmu fiqh, ilmu akhlak Islam termasuk ilmu-ilmu Usululddin seperti tafsir, hadis, Sirah, ilmu akidah-tauhid, tasauf dan lain-lain yang dilihat penting yang menjadi alat kepada kita untuk menyelesaikan banyak perkara, terutamanya ketika menghadapi isu-isu semasa yang melibatkan peroslan hukum agama seperti penternakan babi, masyarakat majmuk, pelaksanaan hukum hudud, tahaluf siasi (percantuman) parti-parti politik yang terbentuk daripada pelbagai fahaman dan agama.

Kesemua itu perlu digarap dengan serius jika kita mengaku bukan sahaja sebagai ahli parti Islam, malah sebagai orang Islam yang menjadi khalifah di muka bumi Allah ini.

Dengannya kita akan menjadi ummah yang kuat yang mampu menghadapi sebarang kemungkinan, kerana kita sudah bersedia dari peringkat awal lagi bahawa Islam mampu menguasai dan memerintah bumi ini dengan segala kebaikan yang hanya datang daripada Allah s.w.t. – mns

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons