03 Ogos 2010

Tafsir al-Maidah, ayat 72: Kristian sesat kerana dakwa Nabi Isa tuhan


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Ada yang yang mendakwa Nabi Isa a.s. adalah unsur anak. Jelas menunjukkan bahawa ajaran Kristian meletakkan tiga unsur tidak benar kepada Allah sekali gus menafikan keesaan Allah SWT.

Tiga unsur dalam satu, bererti tiada kemutlakan kepada keesaan Allah SWT.

Sementara ada golongan Kristian mendakwa Tuhan ada tiga bukan satu. Termasuk tuhan ayah, emak dan anak.

Mereka berperang sesama mereka dan saling kafir mengkafir antara satu sama lain pada hal kedua-duanya adalah kafir.


Ini berlaku antara Kristian bermazhab Katolik dan Protestan di Ireland Utara dan di seluruh Eropah.

Sementara di Bosnia bertempur antara golongan Croat dengan Serb masing-masing antara mazhab Ortodoks dan Katolik serta Protestan.

Allah menegaskan bahawa kafirlah orang yang mendakwa Al-Masih bin Maryam itu Allah sama ada satu unsur daripada tiga ataupun salah satu daripada tiga tuhan.

Nabi Isa a.s. tidak pernah mengaku dia sebagai tuhan bahkan ketika Isa a.s. dilahirkan, Allah Taala menunjukkan satu mukjizat ketika dilahirkan oleh ibunya Siti Mariyam a.s.

Bani Israil datang beramai-ramai, menuduh Siti Maryam berzina, lalu beliau menujukkan anaknya Isa a.s.

Siti Maryam diperintahkan supaya jangan bercakap. Beliau akur dengan perintah itu lalu Isa yang baru dilahirkan itu bercakap, antara yang diucapkan oleh Isa a.s. adalah �aku adalah hamba Allah.�

Nabi Isa a.s. tidak mendakwa dia adalah Allah atau tuhan. Jelas yang mendakwa Isa sebagai Allah adalah kafir.

Bagaimanapun ada yang mendakwa itu ilmu tasawuf yang tinggi. Mahu beramal dngan ilmu tasawuf tinggi tidak mengapa tetapi jangan sampai menjadi kafir.

Dakwaan itu kononnya terlalu fana, sehingga mengaku dirinya Allah. Fana pun takkan sehingga membiarkan diri menjadi kafir, takkan boleh berucap dengan kalimah syaitan sedangkan nabi tidak bercakap demikian, kita ini siapa dia? Adakah kita lebih daripada nabi?

Mana lebih antara golongan tasawuf dengan nabi? Nabi Isa menegaskan bahawa, �aku adalah hamba Allah.�

Mestilah diingat bahawa jika benar-benar mahu belajar ilmu tasawuf pastikan hati betul-betul khusyuk kepada Allah, jangan sampai berucap dengan kalimah-kalimah kufur.

Berucap dengan kalimah kufur, mengakibatkan seseorang itu berada dalam neraka selama-lamanya. Ingatlah tipu daya syaitan, sesungguhnya syaitan tetap mahu menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun.

Jangan terpengaruh dengan unsur yang lain daripada Islam. Justeru, ilmu itu mestilah berteraskan akidah yang salim (sejahtera) berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.

Nabi Isa a.s. mengatakan bahawa �aku hamba Allah. Allah mengurniakan kepada aku kitab dan menjadikan aku seorang nabi.�

Ketika itu baginda masih kecil, duduk dalam buaian, menyusu dengan ibunya.

Nabi Isa a.s. tidak mendakwa dirinya tuhan, bagaimana orang Kristian boleh mendakwa demikian?

Firman Allah yang bermaksud, �Dan Al-Masih berkata, �wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu.� (Surah al-Maidah: 72)

Al-Quran menceritakan ucapan Nabi Isa a.s. yang mengatakan dia adalah hamba Allah bukan tuhan.

Seorang Yahudi yang bernama Shaol yang telah menyelewengkan ajaran Nabi Isa a.s. apabila baginda diangkat ke langit oleh Allah SWT, diselamatkan daripada orang-orang Yahudi yang mahu membunuhnya, Shaol diserupakan dengan Isa a.s.

Tinggallah hawariyyin (sahabat-sahabat yang setia kepada Nabi Isa a.s.

Sahabat-sahabat yang setia ini telah berkorban dan dibunuh serta diseksa.

Shaol inilah yang mendakwa bahawa dia telah menerima ilham dari langit, kononnya Isa anak tuhan dan sebagainya.

Daripada Shaol inilah timbulnya penyelewengan agama Kristian, sehingga mendakwa Isa sebagai tuhan. � lanh _

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons