09 Ogos 2010

Malaikat berdoa untuk orang yang bersedekah di bulan Ramadan


Roy Rasul

Tazkirah Ramadan | Bulan Ramadan al- Mubaraq antara bulan yang digandakan amalannya kata Ustaz Idris Ahmad.

Justeru itu katanya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa.

Katanya, yang dihubungi Harakahdaily hari ini, bahawa hadis Nabi menyebut:"Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."


Kemudian katanya, hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."

Katanya, bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini.

Empat perkara tersebut katanya, ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.

Katanya lagi, sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang sosial.

Ini katanya, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus.

Katanya apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons