08 Jun 2010

Sokongan Amerika punca keangkuhan Israel


Yahudi bebas lakukan kezaliman di Gaza berikutan kuasa besar dunia di bawah telunjuknya

KEBIADABAN Israel menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei lalu bukanlah yang pertama atau yang terakhir. Kapal yang membawa bantuan keperluan asas penduduk Gaza, Palestin, diserbu komando Israel dan membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. Selagi hayat Yahudi masih wujud, selagi itu keamanan, kedamaian dan keharmonian dunia akan terjejas.

Anda mungkin masih ingat apa yang diluahkan pelakon Hollywood, Mel Gibson tidak lama dulu yang mengatakan Yahudi punca kerosakan dunia. Sebenarnya ramai masyarakat antarabangsa menyedari kejahatan bangsa Yahudi sepanjang sejarah kemanusiaan, akan tetapi ramai daripada mereka dihisap oleh gurita Yahudi.

Pada awal abad ke-20, Henry Ford, pengasas automotif Amerika Syarikat, Ford Motor Company terkenal dengan anti-Yahudinya sehingga semua harta dan kekuasaan yang dimilikinya dihebahkan untuk membongkar keburukan dan kejahatan Yahudi.


Dia mendedahkan kandungan buku Protocols of Zion, yang menggemparkan masyarakat antarabangsa masa itu dalam akhbar mingguan miliknya The Dearborn Independent. Beliau juga menerbitkan kumpulan tulisannya dalam sebuah buku bertajuk The International Jew, the World’s Foremost Problem.

Dalam tulisannya, Ford membuka mata sepak terajang Yahudi di dunia terutama di Amerika. Dia menyoroti kemampuan Yahudi menghancurkan nilai tradisi Kristian Barat menerusi pelbagai isu seperti demokrasi, liberalisme, feminisme hingga sosialisme dan komunisme. Dia mengkritik pandangan perkauman Yahudi yang menyerang tradisi Kristian sambil mempromosikan nilai Yahudi. Di samping itu, dia mengkritik perbuatan keji Yahudi untuk menguasai institusi kerajaan serta mendominasi pelbagai kehidupan seperti media masa dan kesenian.

Tidak hanya perang pemikiran melawan gurita Yahudi, Henry Ford juga pernah terbabit pergaduhan fizik dalam satu tragedi yang terkenal dengan nama ‘The Battle of the Overpass’ pada 1937. Gerakan anti-Yahudi Amerika pada hari ini juga masih wujud walaupun samar-samar dalam cahaya kegelapan ciptaan Yahudi.

Ketika masyarakat Amerika Syarikat memperkatakan kemampuan Elena Kaga sebagai Hakim Agung Amerika Syarikat bulan lalu, pengulas politik konservatif AS, Pat Buchanan dalam ruangannya menulis tajuk Apakah Liberal Anti-WASP? (WASP, White Anglo-Saxon Protestant). Jika Kagan dipilih, Mahkamah Agung akan terdiri daripada tiga orang Yahudi dan enam orang Katholik.

Cuba bayangkan Amerika yang mempunyai penduduk lebih 300 juta dan nisbah bangsa Yahudinya di bawah dua peratus (tujuh juta orang) mendapat 33 peratus tempat di Mahkamah Agung. Kenyataan ini membuat rakyat Amerika seperti Buchanan meradang. Apa pun usaha yang dilakukan majoriti rakyat Amerika untuk mengembalikan identiti Kristian mereka, ia tetap terhalang oleh kekuatan Yahudi Amerika kerana pada hakikatnya Amerika di bawah kekuasaan Yahudi sejak penubuhannya oleh Presiden Pertama, Abraham Lincoln keturunan Yahudi daripada keluarga Rothschild yang menjadi pemimpin puak rahsia Rosicrucian.

Sempena meraikan Jewish American Heritage Month, April lalu, Presiden Barack Obama memberi ucapan antaranya: “Bangsa kita menjadi tempat berlindung dan rumah bagi orang Yahudi Amerika. Mereka (Yahudi) memperkaya budaya nasional kita, Yahudi Amerika mempertahankan identiti unik mereka. Selama perayaan Jewish American Heritage Month, kita merayakan sejarah ini dengan rasa bangga dan hormat atas sumbangan tidak ternilai Yahudi Amerika atas apa yang mereka lakukan untuk bangsa kita. Sebagai pemimpin dalam semua segi kehidupan Amerika, baik sukan, hiburan, seni, akademik, perniagaan, pemerintah, dan tentera.

Yahudi Amerika membentuk bangsa dan perjalanan sejarah kita. Kita bangsa yang kuat dan negara yang penuh dengan harapan kerana ramai Yahudi dari seluruh dunia menjadikan Amerika rumah mereka.”

Dengan hakikat di atas, tidak hairanlah apabila masyarakat antarabangsa melihat kebiadaban Israel menyerang Mavi Marmara mendapat sokongan dan pembelaan Amerika pimpinan Obama yang diwakili timbalannya, Joe Biden dan Menteri Luarnya, Hillary Clinton. Mereka seolah-olah berkata kepada dunia kami adalah Israel dan Israel adalah kami. Kalian menyerang Israel sama saja kalian menyerang kami.

Apa gunanya menubuhkan jawatankuasa mencari kebenaran seperti dicadangkan masyarakat antarabangsa jika dunia sudah berada di bawah cengkaman Yahudi?

Jika Barat dengan budaya dan kehidupan sosial politik Kristiannya boleh dikatakan sudah dikalahkan Yahudi, maka umat Islam masih mempertaruhkan keagungan agamanya dalam melawan kemaraan Yahudi. Walaupun umat Islam masih terumbang ambing ombak lautan dunia masa kini tetapi pada satu saat mereka akan reda dan apabila masa itu tiba, mereka akan siap untuk menghadapi satu pertempuran yang pernah dikatakan seorang pemimpin Freemason Amerika abad 19, Albert Pike: “Perang Dunia Ketiga akan bermula dengan pertembungan Zionis dan Islam.” Wallahualam

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons