30 April 2010

HASAD DENGKI umpama API

Hasad dengki adalah peraasan yang sukar dinafikan daripada diri manusia. Hasad dengki jika di biarkan akan bertukar menjadi dendam, seterusnya merosakkan hati seseorang. Justeru itu amat berbahaya jika rasa ia dibiarkan berada di dalam diri kita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki."



[Riwayat Ibnu Hibban & al-Baihaqi]

Hasad dengki diumpamakan seperti api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti apa yang membakar kayu. Jika perasaan dengki masih berada di dalam diri, itu menunjukkan bahawa iman seseorang itu belum sempurna, malah sifat itu adalah diwarisi daripada syaitan. Apabila sesorang itu mempunyai rasa hasad dengki mahupun dendam tidak mustahil syaitan akan memainkan peranan agar seseorang itu terus tersasar dan sesat dari pegangan agama islam.

Seorang pujangga Arab pernah berkata,

"Orang hasad dengki tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu. Tidak ada kemanusian bagi pendusta dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi orang yang tidak berakhlak"

Renung-renungkan..

mudahan kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi dan sia-sia.

Wallahualam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons