23 Januari 2010

Poligami tambah jumlah penduduk.

MOSCOW – Ahli politik ultra nasionalis Rusia, Vladimir Zhuirinovsky kelmarin mencadangkan langkah-langkah drastik diambil, termasuk poligami untuk mengurangkan kemerosotan jumlah penduduk negara itu.

Zhuirinovsky, juga ketua Parti Demokrasi Liberal, menyarankan insentif bernilai 100,000 rubles (RM11,313) kepada wanita yang melahirkan anak pertama.

Menurutnya, jumlah bayaran tersebut mampu mengubah fikiran kaum wanita yang merancang untuk menggugurkan anak.

Ketika ini, Rusia membayar 7,000 (RM33,301) bagi setiap kelahiran kedua.

Zhuirinovsky berkata, kaum lelaki sepatutnya dibenarkan berkahwin lebih seorang dan kerajaan perlu menyediakan bantuan khas untuk membantu kira-kira 6 juta pasangan mandul di negara itu.:

“Jika kita membantu hanya 5 peratus daripada pasangan itu, kita bakal memiliki sekitar 200,000 kelahiran tambahan setiap tahun,” katanya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons