“Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.” (at-Taubah: 18)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah, sekalipun seperti pondok ayam, nescaya Allah akan mendirikan baginya rumah dalam syurga.”
Sabdanya lagi:
“Apabila seseorang di antara kamu memasuki masjid, maka hendaklah ia sembahyang dua rakaat sebelum ia duduk.”
Sabdanya lagi:
“Tiada akan sempurnalah sembahyang orang yang bertetangga dengan masjid, melainkan di dalam masjid.”
Sabdanya lagi:
“Akan datang kepada manusia suatu masa, mereka akan duduk-duduk dalam masjid, mereka membicarakan tentang hal-ehwal keduniaan, ketahuilah bahawa Allah tiada berhajat kepada orang-orang serupa itu, maka hendaklah kamu menjauhkan diri daripadanya.”