Mengikut apa yang terdapat di dalam kumpulan hadith hadith sahih yang diriwayatkan oleh ‘ulama’ SirahRasulullah, Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anh telah datang menemui Rasulullah meminta izin hendakberhijrah, setelah mana beliau dapati ramai orang Muslimin telah berturut-turut hijrah ke Madinah, jawabRasulullah: “Bersabarlah dahulu, sebenarnya aku menanti-nanti hingga datang keizinan dari Allahdahulu.” Tanya Abu Bakar “Apakah memang begitu yang tuan hamba nanti-nantikan?” “Ya, memangbegitu,” jawab Rasulullah. Dengan itu Abu Bakar pun berhenti menyoal Rasulullah, dan beliau fahamyang beliau kawan menemani Rasulullah nanti, dan untuk tujuan itu beliau menyediakan dua kenderaan,memberi makanan dan minuman yang secukupnya dalam masa empat bulan. (Lihat Hadith Bukharijuzu’4 muka surat 355).
Pihak Quraisy begitu berhati-hati dan mengikuti pèrkembangan-perkembangan yang terakhir ini,lebih-lebih lagi setelah mereka dapat pengikut-pengikut Rasulullah makin bertambah ramai. Palingmenarik sekali ialah pengikut-pengikut itu bukan dan Quraisy dan bukan pula anak tempatan.Perkembangan ini menyebabkan mereka lebih berhati-hati serta timbul persoalan apakah Rasulullah akankeluar dari Makkah, kemudian membuat persiapan di sana untuk membuat pukulan yang hebat ke atasmereka di waktu yang munasabah.
Pihak Quraisy telah bertemu dan bermesyuarat di kelab mereka (iaitu di rumah Ubai bin Kilab), dan sebarang ketetapan yang disepakati akan dilaksanakan. Mereka membincangkan apakah langkahlangkah yang patut diambil terhadap Rasulullah. Pendapat dari kalangan terbanyak dari mereka bersetuju memilih dari setiap puak seorang pemuda yang tahan lasak bagi mewakili puaknya.
Kemudian tiap seorang dari mereka diberi sebilah pedang yang tajam, lalu kesemuanya akan pergi ke rumah Rasulullah untuk membunuh baginda dengan satu tetakan, dengan harapan bahawa tindakan demikian menyebabkan keturunan ‘Abdul Manaf tidak sanggup menuntut bela kepada semua puak yang terlibat itu. Untuk tujuan itu mereka pun menetapkan suatu ketika yang tertentu tetap Jibrail ‘Alaihis salam telah mendahului mereka, menemui Rasulullah menceritakan pakatan jahat itu, sambil menyuruh Rasulullah berangkat untuk berhijrah dan melarang baginda tidur di tempatnya pada malam tersebut.
Di dalam Sahih Al Bukhari, Saiyidatina ‘Aisyah menceritakan: “Pada suatu masa ketika kami berada di rumah Abu Bakar di mana udara siang begitu membakar, tiba-tiba ada orang melaung Abu Bakar, katanya: “Hai, tengok itu Rasuluilah dengan pakaian menyamar diri, selalunya baginda tidak pernah datang di waktu-waktu ini.” Abu Bakar berkata: “Demi Tuhan, kedatangan Rasulullah di waktu ini, adalah untuk sesuatu yang penting.” ‘Aisyah menambah kata lagi: “Bila sampai di hadapan rumah,baginda meminta izin, Abu Bakar pun mempersilakan Rasuluilah masuk di mana baginda turut masuk kedalam yang kemudian Rasuluilah berkata: “Mari kita bercakap di luar,” jawab Abu Bakar, “Mereka didalam ini semua keluarga RasuluIlah belaka,” kemudian barulah -Rasulullah menceritakan. Katanya,“Sekarang ini aku telah pun diizinkan untuk keluar berhijrah” “Bolehkah tuan hamba turut menemanituan hamba,” tanya Abu Bakar, jawab Rasuluilah, “Ya memang” Pinta Abu Bakar “Ambillah wahaiRasulullah salah seekor dari dua ini.” Kata Rasulullah “Dengan harga.”
Cerita ‘Aisyah lagi: “Kami pun sediakan segala persiapan secepat mungkin, begitu juga bekalanyang telah dimasukkan ke dalam luan (uncang). Di mana Asma’ bmti Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhumatelah mengoyak kainnya untuk mengikat mulut luan tadi, akhirnya dikenal dengan “Zatun Nitaqain”pemilik kain pinggang.
Lepas itu Rasulullah berkejar menemui Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib Radiyallahu ‘anhu,menyuruhnya tunggu di Makkah buat beberapa ketika selepas baginda berangkat hijrah, agar bagindadapat memulangkan kembali barang-barang dan amanah yang diamanahkan kepada baginda dahulu,kerana penduduk Makkah biasanya, kalau ada sesuatu yang hendak diamanahkan maka Rasuluilahmenjadi tempat demikian, kerana mereka tahu benar tentang kejujuran baginda dan beramanat.Abu Bakar pula menyuruh anaknya ‘Abdullah mengintip apakah yang diperkatakan tentangmereka berdua oleh Quraisy di siang hari dan melapurkan segala-galanya itu kepada beliau di waktusenja. Begitu juga beliau telah menyuruh orang suruhannya ‘Amir bin Fuhairah membawa kambingternakan ke tempat ternakan, dan bila petang di bawa berhampiran ke pintu gua untuk mereka mengambilsusu, dan puterinya Asma’ dipinta supaya membawa makanan untuk mereka berdua kesana pada tiappetang.
Bila malam pun tiba maka berhimpunlah pemuda tahan lasak Quraisy melingkungi rumahRasulullah untuk membuat perkiraan terakhir. Di dalam masa itu Rasulullah keluar dari rumahnya sambilmemukau mereka semua hingga terlena. Sebelumnya baginda meminta Saiyyidina ‘Ali supaya tidur ditempat baginda dan baginda menenangkan Saiyyidina ‘Ali dengan mengatakan bahawa tidak ada suatukecelakaan pun akan datang kepadanya.
Rasulullah SailaLlahu ‘alaihi Wasailam dan sahabatnya yang akrab itu Abu Bakar RadiyaLlahu‘anh bekejar ke gua “Thur” untuk melindungi diri buat beberapa hari. Mengikut pendapat yang terkuatbahawa penstiwa ini berlaku pada 2hb. Rabi’ul Awwal bersamaan 20hb. September 631 T.M. tiga belastahun, selepas pengutusan baginda sebagai Rasul. Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anh mendahului Rasuluilahke gua Thur, meraba-raba dan merasa—rasa kalau—kalau ada binatang buas atau ular yang merbahaya,asalkan Rasulullah selamat.
Mereka berada di dalam gua itu selama tiga hari. ‘Abdullah putera Abu BakarRadiyaLlahu ‘anhuma turut tidur bersama mereka, tetapi bila hampir siang dia beredar dari situ, pulang keMakkah seolah-olah di kota Makkah, tugasnya membawa lapuran dan berita-berita dari Makkah danAmir bin Fuhairah orang suruhan Abu Bakar membawa kambing ternakan melalui jalan-jalan yang dilalui‘Abdullah supaya kumpulan kambing itu menghapuskan kesan tapak kaki ‘Abdullah ke pintu gua itu.
Pihak Musyrikin pula telah menyusun beberapa kumpulan untuk mencari Rasulullah setelahmereka mengetahui bahawa Rasulullah telah melarikan diri. Masing-masing mengesan jalan-jalan ke arahMadinah dan di mana sahaja yang mereka rasa ada Rasulullah bersembunyi.
Akhirnya mereka sampai keGua Thur, di mana Rasulullah dan Abu Bakar mendengar dengan jelas langkah tapak kaki mereka, Abu Bakar merasa takut dan cemas sambil berkata: “Kalau mereka perhatikan dari bawah sudah pasti akannampak kita berdua. Untuk menenangkan perasaan Abu Bakar, Rasulullah telah menjawab:“Wahai Abu Bakar, apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu Allah!(Hadith ini dipersetujui ramai).
Allah telah memukau dan membuta sejurus mata sekelian kaum musyrikin supaya tidak teringatmengalih pandangan ke gua itu dan tidak terlintas di kepala mereka persoalan mungkinkah wujudmanusia bersembunyi di dalam gua itu.
Setelah tidak siapa lagi mencari mereka, barulah mereka keluar dengan dipandu oleh ‘Abdullahbin ‘Uraiqat seorang musyrikin yang telah diupah untuk menunjuk jalan rahsia dan tersembunyi dari mataramai menuju ke Madinah setelah mereka memastikan yang Abdullah ini boleh dipercayai. Mereka punmenunggang kenderaan masing-masing melalui jalan tepi pantai mengikut panduan ‘Abdullah tadi.Pihak Musyrikin telah mengumumkan satu tawaran bahawa siapa-siapa saja yang dapatmenangkap Rasulullah dan Abu Bakar mereka akan menerima ganjaran (diyah) untuk kedua—duanya.
Di suatu hari seorang lelaki telah datang menemui sekumpulan Bani Sudlij di suatu majlisperhimpunan dan di antara mereka “Suraqah bin Ja’syam” sambil melaung; “Aku telah melihat kenderaandi tepi pantai dan aku percaya mereka itu adalah Muhammad dan sahabatnya.” Di masa itu Suraqahpercaya bahawa kenderaan itu ialah Muhammad dan sahabatnya tetapi dengan tujuan hendakmelemahkan semangat orang lain kerana ia sendiri hendak memburu Muhammad dan sahabatnya agar iamendapat ganjaran yang ditawar itu maka ia bertanya, “Betulkah yang awak lihat itu pulan sipulan; kalaubegitu cepatlah beritahu pada orang-orang kita untuk mengesan mereka.” Lepas sebentar ia pun bangundari situ dan terus memacu kudanya mengikut jejak Rasulullah dari belakang dengan tujuan hendakmenangkap baginda dan sahabatnya; tetapi kudanya telah tersungkur, kemudian bangun sekali lagimemburu Rasulullah sehingga sampai dekat sekali dengan Rasulullah dan terdengar olehnya apa yangdibaca itu, di mana baginda tidak menoleh ke belakang sekali pun, tetapi Abu Bakar sebentar sebentarmenoleh ke belakang.
Sekali lagi kuda yang dipacu oleh Suraqab terbenam kedua kakinya ke dalam pasirsampai ke lutut dan setelah disebatnya kuat-kuat bangunlah sekali lagi kuda itu tetapi belum sempatterkeluar semua kakinya, Sunaqah ternampak kepulan debu berterbangan di langit dari belakang merekaberdua seperti asap yang tebal. Dengan itu barulah ia tahu, itulah benteng keselamatan Rasulullah, makaperasaan takut mula terasa, lantas ia melaung dari belakang meminta pertolongan dan perlindungan.Rasulullah dan sahabatnya yang lain pun berhenti dengan demikian barulah Suraqah dapatmenghampiri mereka. Dengan segera ia meminta ma’af dan ampun diikuti dengan tawaran untukmemberi bekalannya kepada mereka. Jawab mereka berdua, “Kami tidak perlu itu, hanya satu sahaja,rahsiakan perjalanan kami.” Jawab Suraqah; “maka sangguplah aku untuk itu.”
Dengan itu Suraqah pun pulang ke Makkah sambil berusaha mengelirukan pandangan ramaimengenai Rasulullah dan sahabatnya. Demikianlah ceritanya. Di sebelah paginya ia begitu gigih berusahamemburu dan ingin membunuh Rasulullah, setelah petang ia pulang dengan hasrat ingin melindungi danmenyelamatkan baginda dan sahabatnya.
Ketibaan Rasulullah telah disambut baik dan meriah sekali. Buat sementara waktu baginda telahsinggah di rumah Kaithum Bin Hudm di mana Sayyidina ‘Ali telah sempat bertemu dengannya setelahberes menyelenggarakan segala amanah yang diperamanahkan kepada kepada Rasulullah di suatu masadahulu. Di Quba’ ini Rasulullah telah mengasaskan sebuah masjid, masjid inilah yang pertama dibina dibumi ‘Arab. Tuhan telah menggambarkan di dalam Al-Qur’an:MaksudNya;
“Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba’) sejak hari pertamaadalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya.”
Rasulullah menyambung semula perjalanannya ke Madinah. Mengikut keterangan yangdisebutkan oleh Al Mas’udi di dalam kitabnya Muruzu al-Zahab katanya: “Rasulullah mula menjejaktanah Madinah pada dua belas haribulan Rabi’ul Awwal. Sekelian orang Ansar mengerumuni bagindamemegang-megang tali kenderaan baginda, di mana tiap orang mempelawa dan mempersilakanRasulullah ke rumah masing-masing, tetapi Rasulullah menjawab kepada mereka, “Biarkan saja binatang ini, dia mengikut perintah.”
Binatang kenderaan Rasulullah tadi berjalan terus di jalan-jalan dan loronglorongMadinah hinggalah sampai ke suatu tapak pengering buah tamar yang dimiliki oleh dua oranganak yatim Barn Al-Najjar berhadapan dengan rumah Abu Ayyub Al Ansari. Rasulullah pun berkata:“Insya Allah di sinilah saya akan singgah.” Dengati serta-merta Abu Ayyub pun menjemput dan mempersilakan Rasulullah ke rumahya. Ibnu Hisham menceritakan; “Sekumpulan kaum wanita (orang suruhan)Bani A1-Najjar telah keluar beramai-ramai menyambut ketibaan Rasulullah dengan nyanyian nasyid.Rasulullah bertanya kepada mereka; “Apakah kamu kasihkan daku?” Jawab mereka, “Ya. SambungRasulullah; “Hanya Allah yang mengetahui hati sanubariku, yang aku kasihkan kamu sekelian.”
PERSPEKTIF MENGENAI PERSINGGAHAN RASULULLAH DI RUMAH ABU AYYUB
Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibnu Hisyam telah menceritakan apa yang telah diperihalkan olehAbu Ayyub tentang hari-hari Rasulullah bersamanya; “Ketika Rasulullah menumpang bersama kamibaginda telah memilih tingkat bawah, aku dan isteriku di tingkat atas. Sebelum itu aku telah memintakepada Rasulullah; “Wahai Nabi Allah demi sesungguhnya kami merasa berat hendak tinggal di tingkatatas dan tuan hamba di sebelah bawah. Marilah kita tukar biarlah tuan hamba di atas dan hambasekeluarga menetap di sebelah bawah.” Jawab Rasulullah; “Wahai Abu Ayyub, adalah lebih selesa bagikami dan bagi orang yang menolong kami seandainya kami tinggal di tingkat bawah.”
Beliau menceritakan lagi; “Begitulah halnya kami anak beranak di atas dan Rasulullah sekeluargadi tingkat bawah. Entah macam mana di suatu hari, buyung air terpecah, dengan segera aku dan isterikubangun mengambil sehelai kain kebetulan tidak ada yang lain lagi, untuk mengesat air yang tercurah kelantai itu, kalau—kalau ada air yang mengalir ke bawah ke atas Rasulullah di tingkat bawah nanti,sesudah itu aku turun dan meminta juga supaya Rasulullah berpindah ke atas sehingga baginda pindah keatas.
Katanya lagi; “Biasanya kami memasak makanan malam kemudian menghantarnya kepadaRasulullah, bila baginda menghantar balik setelah memakan sebahagian, kamipun menjemput makanmakanan bekas dan kesan tangan baginda untuk mendapat berkat. Di suatu malam seperti biasa kamiberikan kepada Rasulullah makanan malam antaranya ada yang tersaji dengan bawang dan bawang putih,Rasulullah memulangkan balik makanan itu dan kami tidak nampak kesan tangan baginda, dengan segeraaku datang menemui baginda: “Wahai Rasulullah, demi sesungguhnya makanan yang tuan hambapulangkan itu hamba lihat tidak ada tanda kesan tangan tuan hamba, sebenarnya begini tiap kali tuanmemulangkan kembali makanan yang tidak habis itu, kami menjemput bekas-bekas jari tuan hamba, demimengharapkan berkat semata—mata. Jawab Rasu lullah, “Kerana aku dapati makanan itu berbau daunsebab aku ini selalu berkhalwat dan bermunajah, tapi buat kamu semua makanlah tidak mengapa.” JawabAbu Ayyub; “Kami pun makanlah makanan itu. Selepas itu kami tidak sajikan lagi bawang dan bawangputih ke dalam makanan untuk baginda.”
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Di muka-muka yang lepas telah kita bicarakan tentang erti hijrah dalam Islam, iaitu di dalam mauduk hijrah dan perpindahan orang Islam ke Habsyah. Ringkasnya lebih kurang begim: Tuhan telah meletakkan kesucian agama dan ‘aqidah itu lebih dari yang lain. Tidak ada erti bagi tanah, negara, hartakekayaan dan pangkat kebesaran sekiranya ‘aqidah dan syi’ar agama terancam, musnah dan disusuhi.Oleh yang demikian maka Allah mewajibkan ke atas setiap hambanya agar mengorbankan segala-galanyasekiranya keadaan memaksa demi kepentingan ‘aqidah dan Islam.
Telah kita tegaskan di sini juga, sesungguhnya memang menjadi sunnah Allah di bumi ini telahmenjadikan kekuatan rohani yang ternukil di dalam ‘aqidah kepercayaan yang sihat dan agama yangbenar itu sebagai pengawal kepada kekuatan maddi dan material. Suatu umat yang begitu tebal dan kayadengan akhlak susilanya yang sihat, begitu teguh berpegang dengan ajaran agama di kala itu jugakekuatan materialnya. seperti negara, hartabenda dan pangkat akan kekal lebih utuh dan kukuh.Andaikata ia papa dan miskin dan segi akhlaq, tidak senonoh dalam kepercayaan ‘aqidahnya, makakekuatan materialnya juga turut lemah dan tergugat. Telah kita tugaskan bahawa sejarahlah yang menjadisaksi utama tentang kebenaran perkara ini.
Untuk demikian maka Allah ‘Azza wajallah telah mewajibkan dasar mengorbankan harta dannegara demi kepentingan ‘aqidah dan agama sekiranya keadaan memaksa. Dengan berbuat demikian akanterjamin keselamatan harta benda, negara dan jiwa, walaupun pada mulanya nampak merugikan segalagalanya.
Perpindahan Rasulullah sudah cukup untuk memberi satu bukti yang nyata tentang apa yangditegaskan di atas. Secara kasar, tindakan meninggalkan negara itu bererti menghilang ataumelenyapkannya.
Pada hakikatnya, itulah sebenamya bentuk pengorbanan dan pemeliharaan yang sejati.Boleh jadi pembelaan dan pengorbanan itu nampak seolah—olah peninggalan dan pembelakangan.Baginda telah pulang setelah berada di dalam buangan (hijrah) beberapa tahun ke bumi pertiwinya yangpenduduknya pemah menghalau baginda dengan penuh kemegahan dan kekuatan tanpa diganggu olehsesiapapun.
Sedangkan dahulunya semua orang menanti-nanti sahaja peluang baik untuk memusnahkandiri baginda. Tercapai segala-gala ini adalah hasil dan tertegaknya agama dan keagungannya.Berbalik kita kepada cerita yang telah kita lukiskan tadi, kemudian cuba perhatikan dengan penuhhemat agar dapat kita ambil beberapa petanda penting untuk panduan kepada setiap Muslim:
(1) Yang paling nyata sekali dan kesan perpindahan baginda ‘Alaihis salatu Wasallam, ialahtentang tawaran dan pelawaan kepada Abu Bakar untuk menyertai bersama-sama baginda sebagai temandi dalam perjalanan yang mulia itu.
Para ‘ulama’ seluruhnya telah mengambil kesimpulan tentang betapa kasih dan sayangnyaRasulullah terhadap Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhu. Beliau adalah sahabat yang paling akrab sekali. Olehyang demikian maka beliau lebih utama memegang tampuk pemerintahan dan jawatan khalifah selepasbaginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam wafat. Untuk menguatkan lagi hujah ini masih terdapat beberapaperistiwa lain yang antaranya ialah pemilihan yang dibuat oleh Rasulullah terhadap Abu BakarRadiyaLlahu ‘anhu buat menggantikan baginda menjadi imam sembahyang bersama orang ramai semasabaginda sakit. Di sana beliau enggan menyuruh orang lain. Begitu juga hadith yang bermaksud:—“Kalaulah hendakku jadikan teman kesayangan maka Abu Bakarlah teman kesayanganku”.
Dari mula lagi kita dapat melihat atau perhatikan di samping keistimewaan-keistimewaan yangmulia, yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Allah Subhanahu Wata’ala, beliau juga contoh tauladanseorang sahabat setia dan jujur malah mengorbankan segala-gala apa yang termiik olehnya jiwa, raga danseluruhnya demi perjuangan Rasulullah. Bukankah sudah kita perhatikan di mana beliau engganmelepaskan Rasulullah masuk dahulu ke dalam gua, sebaliknya beliau sendiri mendahuluinya bagimemastikan apakah terdapat binatang buas, ular yang bisa atau bahaya yang lain yang akan mengancamkeselamatan Rasulullah. Biarlah beliau yang musnah asalkan Rasulullah selamat. Kita perhatikan lagi dimana beliau telah mengatur serta mengerahkan tenaga putera-puteri beliau. orang suruhan dan gembalakambingnya demi menggabungkan tenaga bakti dan pengorbanan untuk dicurahkan demi kepentinganRasulullah dan melicinkan perjalanan yang mulia lagi jauh itu.
Demi sesungguhnya itulah kewajipan yang mesti ditauladani oleh setiap Muslim yang telahberiman dengan Allah dan RasulNya. Sebagai sokongan kepada tindakan Abu Bakar ini, Rasulullah telahbersabda yang bermaksud: “Tak beriman seseorang itu kecuali setelah aku ini (Rasulullah) lebih kasihkepadanya dan anak, ibu-bapanya dan manusia seluruhnya”. (Hadith yang dipersetujui ramai).
(2) Mungkin terlintas di sanubari kita untuk membuat perbandingan di.antara hijrah ‘Umar bin AlKhattab RadiyaLlahu ‘anh dengan hijrah Rasulullah di mana akan timbul pertanyaan; “Kenapa Saiyyidina‘Umar berhijrah secara terang terangan malah mencabar puak Quraisy dan Musyrikin pula tanpa takutdan gentar sesuatu pun, sedangkan Rasulullah pula keluar bersembunyian serta berjaga-jaga. ApakahSaiyyidina ‘Umar lebih berani dan lebih gagah dari Rasulullah?”
Sebagai jawapan, tindakan ‘Umar bin A1-Khattab dan orang Islam yang lain selain dariRasulullah adalah tindakan perseorangan semata-mata, tidak boleh dijadikan hujjah dan dalil dalamsyari’ah tiap seorang bebas untuk memilih cara dan jalan untuk ia bentindak keselesaan jiwanya seimbangdengan keberanian dan keimanannya dengan Allah Subhanahu Wata’ala.
Apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah suruhan dan perintah. Segala tindakan bagindaberhubung dengan agama adalah syari’ah. Oleh yang demikian maka Sunnah dan Hadith Rasulullah iaitucabangan dan ucapan, tindakan, perangai dan persetujuannya menjadi sumber kedua dalam syari’ahIslam. Andaikata Rasulullah telah bertindak seperti mana yang telah dilakukan oleh Sayyidina ‘Uman,maka manusia melihat dan mengira inilah cara yang diwajibkan, tidak harus berjaga-jaga, berwaspadadan bersembunyi di kala bahaya; sedangkan Allah ‘Azza Wajalla, telah menegakkan syari’atNya di duniaini mengikut musababnya. Sebenarnya segala-galanya itu adalah Allah yang menyebabkan demikian.Untuk demikian itulah maka Rasulullah telah menggunakan sebab-sebab dan cara—cara yangnyata, yang terdaya difikirkan oleh akal fikiran manusia di waktu-waktu seumpama ini agar tidaktertinggal suatu jalan pun tanpa dipergunakan, ‘Ali bin Abi Talib RadiyaLlahu ‘anh tinggal di tempattidur serta menyelimut dengan kain selimut.
Baginda juga mengambil salah satu orang Musyrikin setelahdipastikan kejujurannya untuk menunjukkan jalan-jalan yang tidak disangka oleh pihak seteru. Kemudianbaginda tinggal bersembunyi di dalam gua selama tiga hari dan seterusnya. Segala apa sahaja yang dapatdipergunakan untuk keselamatannya yang terfikir oleh ‘akal manusia, telah dipergunakan dengan tujuanmenerangkan kepada manusia umum bahawa untuk beriman kepada Allah ‘Azza Wajalla, tidak salah ataubertentangan untuk mengambil kesempatannya menggunakan alasan dan sebab-sebab yang wajar, yangmemang merupakan iradat Tuhan menjadikan sebab—sebab dan upaya ikhtiar itu untuk manusia.Berteduh dan berselindung di dalam gua bukanlah membuktikan yang baginda takut atau pengecuttakut jatuh ke tangan Musyrikin sebelum sampai ke Madinah.
Sebagai buktinya, bila saja helah-helahpengeliruan yang boleh dipergunakan sudah tidak ada lagi (iaitu dikatakan sebab—sebabnya tadi) danorang—orang musyrikin merayau—rayau di keliling gua Sekiranya mereka perhatikan dari bawah akanternampaklah mereka berdua yang tersembunyi itu, di kala itu Abu Bakar terasa takut dan curiga maka dimasa itu Rasulullah menegaskan pada Abu Bakar untuk menenangkan hati beliau dengan katanya:“Apakah perasaan tuan hamba bahawa Allah berada di samping kita berdua.” Kalaulah benar-benarRasulullah bergantung sepenuhnya kepada helah semata-mata sudah pasti akan terasa takut bilamanahelah dan cara pengeliruan tadi sudah tiada lagi.”
Dan sini dapatlah kita simpulkan bahawa menggunakan helah-helah dan kewaspadaan tadi adalahsalah satu tugas yang disuruh oleh agama. Setelah helah-helah tadi sudah tidak ada atau tidak guna lagimaka hati dan jiwa kembali menyerah kepada Allah ‘Azza Wajalla dengan penuh harapan denganpembelaan dan taufiqnya. Segala peristiwa ini adalah untuk seluruh kaum Muslimin mengambilpengajaran bahawa untuk menggantungkan harapan di dalam segala urusan tidak harus diharap dandiarahkan kecuali kepada Allah ‘Azza Wajalla sahaja dan perlu diingat bahawa tindakan ini tidakbertentangan dengan usaha menggunakan sebab musabab, usaha ikhtiar atau helah daya manusia yangdijadikan Allah di seluruh ‘alam.
Di antara bukti yang nyata tentang apa yang kita katakan tadi ialah perasaan Rasulullah ketikaSuraqah pemburu yang cuba membunuh baginda sudah begitu hampir maka di masa itu baginda akanterasa gentar dan takut kerana baginda semata— mata bergantung kepada helah semata-mata saja. Tetapiapa yang kita lihat Rasulullah tidak menoleh langsung ke belakang untuk melihat apakah pemburu itusudah hampir atau masih jauh lagi. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah di masa itu ialah membaca,berzikir dan memohon restu dan Tuhannya kerana baginda yakin, Allah Subhanahu Wata’ala yang telahmemerintahkannya berhijrah maka Allah jua yang melindunginya dari manusia durjana dan kejahatanmereka.
(3) Kelewatan Saiyyidina ‘Ali di Makkah ialah untuk membereskan segala amanah yang telahdiamanahkan orang orang Makkah kepada baginda di masa sebelumnya. ini menunjukkan suatu petandayang terang tentang pertentangan yang ganjil di kalangan kaum musyrikin, dalam masa mereka menuduhMuhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini sebagai seorang penipu, pendusta, tukang tenung dansebagainya. Mereka tidak berjumpa dengan seorang yang lebih amanah dan jujur dan Nabi Muhammad,harta dan barang—barang yang hendak ditinggalkan mereka amanahkan kepada Rasulullah...Inilah yangmenunjukkan kekufuran ketidakpercayaan mereka dengan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallambukanlah kerana sangsi dan syak wasangka mereka terhadap Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, tetapi kerana bongkak senta takabbur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihiWasallam, juga kerana takut-takut akan hilang kuasa dan tangan mereka.
(4) Dapat kita perhatikan juga kesungguhan ‘Abdullah bin Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhumamelakukan segala apa yang diperlukan oleh Rasulullah. Antaranya berulang-alik antara Makkah dan guatempat persembunyian, mengintip rahsia dari kalangan kaum musyrikin Makkah dan membawakepengetahuan Rasulullah dan bapanya. Begitu juga kakaknya Asma’ RadiyaLlahu ‘anhuma yangbertungkus lumus menyediakan makanan dan kenderaan serta keperluannya. Semuanya ini memberikankita suatu gambaran yang wajib dibeban oleh setiap Muslim lelaki maupun perempuan ke jalan Allahdemi untuk melaksanakan seluruh prinsip Islam dan menegakkan sebuah masyarakat Islam sejati. Tidakmemadai setakat untuk diri sendiri atau setakat beribadat sahaja. Malah mestilah dicurahkan segala dayadan tenaga yang terdapat dengan penuh kesungguhan ke arah kepentingan Islam. Itulah kelebihan dankeistimewaan setiap pemuda demi Islam dan Muslimin di setiap masa.
Demikianlah kalau kita perhatikan mereka yang bersama sebilangan besar adalah terdiri darikasteria yang belum melewati batas usia keremajaan. Mereka ini tidak akan membuang masa denganpercuma tanpa suatu malah mereka menggunakan segala tenaga, daya dan usaha yang terdaya demimenegakkan Islam dan mendirikan masyarakatnya.
(5) Tentang apa yang terjadi ke atas Suraqah dan kudanya ketika memburu Rasulullah tidak harusdiihat begitu sahaja tanpa mengambil suatu pengajaran bahawa itulah mukjizat luar biasa kepadaRasulullah. Perkara ini dipersetujui oleh semua imam hadith tentang kebenaran dan sahihnya. Di antaramereka ialah Al-Bukhari dan Muslim. Mu’jizat ini adalah salah satu di antara kejadian mu’jizat yangpernah kita perkatakan dahulu.
(6) Di antara peristiwa mu’jizat yang telah temampak ialah ketika Rasulullah hendak keluar darirumahnya yang telah dilengkungi oleh Musyrikin yang bertujuan jahat, iaitu membunuh padukaRasulullah tetapi gerombolan dan pemuda yang tahan lasak yang berniat jahat itu telah terlena sejurusyang kemudian disusuli dengan tempelak yang lain iaitu menabur tanah ke atas kepala mereka semasaRasulullah keluar berlalu dan rumahnya itu sambil baginda membaca sepotong ayat Al Qur’an yangbermaksud: “Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan Kami tutup (mata) mereka sehinggamereka tidak dapat melihat.”
Peristiwa mu’jizat ini dianggap sebagai pengisytiharan Allah Ta’ala kepada seluruh kaumMusyrikin untuk setiap masa dan di mana mereka berada, bahawa segala macam penyiksaan dangangguan yang sengaja dilakukan ke atas baginda kerana agama yang dibawanya itu, tidaklah berertiyang Allah Subhanahu Wata’ala telah membelakangkan atau meninggalkan baginda keseorangan tanpapertolongan. Bagi pihak Musyrikin dan kuncu-kucunya mereka tidak harus bergelak ketawa denganpenyiksaan dan penganiayaan mereka itu kerana pertolongan Allah terlalu hampir dan pasti. KemudahanIlahi untuk memberi kejayaan itu akan terlaksana bila—bila masa sahaja.
(7) Sambutan yang meriah yang ditunjukkan oleh pihak Madinah mempamirkan kepada kita suatugambaran betapa cintanya mereka kepada Rasulullah dan betapa geloranya perasaan kasih dan cinta orangAnsar penduduk Madinah lelaki mahu pun perempuan, tua mahupun muda, dewasa dan kanak-kanakterhadap RasuluLlah; betapanya hebat perasaan sayang mereka sehingga setiap hari mereka keluarberamai-ramai menanti-nanti ketibaan Rasulullah, dengan tidak menghiraukan panas bahang matahariyang membakar. Bila matahari membenamkan diri di ufuk barat dan siang menghilang diri baru merekamenyusur pulang dengan membawa harapan untuk bertemu baginda di esok hari. Setibanya Rasulullahdengan kuda baginda yang mula melangkah masuk ke pangkuan bumi Yathrib (Al-Madinah) maka hatihatiyang begitu lama diayak oleh gelombang perasaan dengan suara seirama dan senadamengumandangkan lagu-lagu dan qasidah menggambarkan keriangan mereka dengan ketibaanRasulullah, perasaan dan kejujuran mereka dibalas dengan perasaan dan kejujuran yang sama. NabiMuhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan senyum bertanya kepada wanita-wanita Barn Al-Najaryang mengalunkan nasyid dan lagu-lagu menyambut kedatangan baginda: “Apakah kamu kasihkan daku?Demi Tuhan sesungguhnya hatiku kasihkan kamu sekelian.”
Segala-galanya ini membuktikan kepada kita bahawa kasih Rasululiah bukanlah semata-matamengikutinya, tetapi perasaan cinta itu ialah asas dan motif ke arab mengikut dan menta’ati segalasuruhan yang lain. Andaikata tanpa perasaan cinta yang berakar-umbi dari dasar hati maka, tidak akantimbul keinginan untuk menjalankan suruhan yang lain.
Alangkah sesatnya segolongan yang menganggap apa yang dikatakan cintakan Rasulullah itusemata-mata mengikut dan berpandu dengan ajaran atau ‘amalan baginda sahaja dengan tidak disertaisuatu perasaan pun. Mereka sudah terlupa bahawa mengikut dan menta’ati yang sebenarnya tidak akanwujud tanpa didorong oleh suatu perasaan atau didesak oleh tekanan hati sanubari, tidak akan wujudkeinginan untuk mengikuti dan mematuhi suruhan tanpa cinta yang menggoncang seluruh perasaan. Olehyang demikian maka Rasulullah telah memperkenalkan kepada kita sukatan atau ukuran keimanandengan Allah itu ialah kasih dan cintanya itu mengatasi segala cinta, mengatasi cinta terhadap anak,ibubapa dan manusia lain. ini menunjukkan yang perasaan cintakan Rasulullah itu setaraf dan sejenisdengan perasaan cinta kepada anak atau ibubapa. Tegasnya dua perasaan cinta ini mengalir dari perasaanyang sama. Sekiranya tidak demikian maka tidak sahlah penegasan dan perbandingan di antara keduanya.(8) Satu lagi gambaran yang kita dapat perhatikan ialah mengenai persinggahan Rasulullah dirumah Abu Ayyub Al Ansari. Peristiwa ini merupakan satu simbul lagi yang mendedahkan kepada kitabetapa kasih dan cintanya para sahabat Rasulullah kepada baginda.
Apa yang perlu kita titik-beratkan di sini ialah Abu Ayyub dan isterinya yang telah mengambilberkat jari Rasulullah yang terdapat di makanan yang dikembalikan oleh Rasulullah kepada mereka.Kesimpulannya ialah mengambil berkat bekas-bekas Rasulullah itu adalah antara ajaran yang disuruholeh syara’ dan Islam.
Al Bukhari dan Muslim banyak sekali meriwayatkan kisah-kisah sahabat Rasulullah yangmengambil berkat dengan bekas-bekas yang telah digunakan oleh baginda untuk berubat, mendapatjagaan dan taufik dan sebagainya.
Antara kisah yang diriwayatkan oleh Al Bukhari di dalam bab pakaian di bawah tajuk “perihaluban”, di mana Ummu Salamah isteri Rasulullah telah menyimpan beberapa helai rambut baginda didalam botol atau sebagamya, sekiranya salah seorang kena sakit mata atau sakit, mereka akan dikirimkansebekas air kepada Ummu Salamah yang kemudian beliau memasukkan helaian rambut tadi ke dalam airyang dikirim, kemudian mereka meminum air itu dengan harapan akan sembuh dan berkat.Muslim pula telah membawa suatu riwayat di dalam satu bab di bawah judul “Keharuman peluhRasulullah” selalunya baginda menziarahi rumah Ummu Salim dan sering berbaring serta tidur. Padasuatu hari Rasulullah masuk tidur ke tempat tidurnya, selepas itu Ummu Salim pun pulang, didapatibadan Rasulullah berpeluh, lantas beliau mengambil sekeping kulit membiarkan peluh baginda melelehke atasnya, dan mengambil sesuatu dan peti simpanannya untuk mengesat peluh yang mengalir itu yangkemudian diperah masuk ke dalam botol. Bila Rasulullah tersedar dan tidur, baginda bertanya: “Apa yangkamu buat ini wahai Ibnu Salim? Jawabnya “Wahai Rasulullah aku mengharap untuk mendapat berkatuntuk anak cucu kami”. Jawab Rasulullah, “benar apa yang kamu lakukan.”
Begitu juga perihal-perihal yang terdapat dalam kedua dua kitab hadith mengenai para sahabatyang sering mengambil baki air wudhu’ (air sembahyang) baginda yang tidak habis untuk mendapatberkat. Begitu juga bekas-bekas lain seperti pakaian dan cawan minuman baginda.
Sekiranya inilah keadaan mereka yang selalu mengambil berkat dan merestui sesuatu dengankesan—kesan dan bekas benda dan objek maddiyah maka bagaimana pula dengan mereka yangmengambil berkat dan restu dan martabah atau kedudukan baginda di sisi Allah? Dan bagaimana pulaberkatnya jika baginda itu rahmat untuk sekelian ‘alam?
Saya rasa memadai setakat ini untuk mengulas perihal peristiwa perpindahan (hijrah) Rasulullahdi mana kita akan memperkatakan selepas ini perihal usaha-usaha mulia yang dilaksanakan oleh padukaRasul demi masyarakat baru di Madinah Munawwarah.
rujukan : fiqh al - sirah , Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti