Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Agama Islam Dearah Sepang akan mengadakan semniar bertajuk 'CABARAN MENANGANI AJARAN SESAT DAN PEMANTAPAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH' pada 12hb November 2009 ini @ Khamis.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Agama Daerah Sepang dengan sukacitanya ingin menjemput tuan/puan dari kariah Masjid Putra Perdana, Puchong atau dari NGO atau badan organisasi yang lain bagi menghadiri program tersebut.
Borang kehadiran boleh didapati dari Masjid Putra Perdana / Tuan Nazir Masjid, Sdr Hassni B Ghazali 013-6608871.
Butiran program:
Tarikh : 12hb November 2009
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tenngahari
Tempat : Dewan Kuliah, Masjid Jame' Sultan Hishamuddin,
Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Tajuk : Slot 1 : Ciri-ciri Ajaran Sesat, Bahaya dan Ancamannya.
Oleh : Hj. Zamihan B Hj. Mat Zin al-Ghari
Slot 2 : Prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Cabaran Menangani
Ajaran Sesat.
Oleh : Tuan Sheikh Hj. Muhammad Fuad B kamaluddin al-Maliki ar-Rambawi
Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan.
Diharapkan semoga tuan/puan dari kariah Masjid Putra Perdana, Puchong atau mana-mana organisasi dapat mengahadiri program ini. Sokongan dan kehadiran tuan/puan di dalam majlis itu nanti terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
05 November 2009
JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR AJARAN SESAT. ANJURAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SEPANG

